Friday, August 14, 2009

Tempur Tanpa Senjata(TTS)..

Salam sejahtera.

Kali ni saya nak berkongsi sedikit ceritalah pasal TTS.Petang td (14 Ogos) sebenarnya telah membuka lembaran baru dalam sejarah UPNM kerana buat pertama kalinya para Pegawai Kadet telah didedahkan dengan Tempur Tanpa Senjata yang sebenar.Jika selama ini setiap Pegawai Kadet hanya didedahkan dengan Taekwando,namun untuk tahun ini dan seterusnya,Pegawai Kadet wajib mempelajari teknik TTS ini.

TTS yang diajar ini merangkumi hampir kesemua jenis 'Martial Arts' yang terdapat di atas muka bumi ni.Mulai petang td juga,jurulatih yang akan mengajar Pegawai Kadet juga datangnya dari Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) di bawah kelolaan Kor Polis Tentera Diraja atau lebih dikenali sebagai Military Police (MP).Untuk pengetahuan,sebarang kursus TTS sememangnya berada di bawah tanggungjawab MP.

TTS ni merupakan teknik pertempuran jarak dekat yang akan digunakan dalam pertempuran dengan musuh sekiranya musuh berada berhampiran dan juga sebagai teknik membunuh sekiranya dalam pertempuran,bekalan peluru telah kehabisan atau seseorang itu tidak mempunyai sebarang senjata untuk menghapuskan musuh.Teknik ini amatlah berkesan jika dipraktikkan dengan betul dan dapat menghapuskan musuh sebelum musuh menyerang,sesuai dengan cogan katanya,'Kill the enemy before they kills you'.

Pada petang td juga,buat pertama kalinya para Pegawai Kadet UPNM dapat bersua muka kembali dengan bekas jurulatih iaitu PW II Shaiful.Beliau merupakan jurulatih disini sebelum bertukar ke Pulapot.Hanya Pegawai Kadet Pengambilan 2009 sahaja yang tidak mengenali PW II Shaiful ini.Maka tak hairanlah hampir semua Pegawai Kadet begitu bersemangat dan memberi tumpuan yang penuh kepada sesi TTS ni.Rata-Rata yang ditemui mengatakan mereka cukup seronok menjalani latihan kali pertama ini.Wah,nampaknya selepas ini ramailah yang minat nak jadi fighter ya.Haha.

Namun begitu,timbul sedikit persoalan mengenai nasib para Pegawai Kadet senior yang akan ditauliahkan pada tahun depan kerana mereka telah pun memiliki tali pinggang hitam Taekwando yang sebelum ini diwajibkan jika mahu ditauliahkan.Hal ini kerana semua Pegawai Kadet perlu bermula kembali dengan kosong,which means that everyone are on the same level.Pada pendapat saya,mungkin para Pegawai Kadet yang akan ditauliahkan pada tahun depan tidak sempat menghabiskan pelajaran TTS ini.Apepun,tuan-tuan jangan risau kerana semuanya bisa diatur.

Saya percaya latihan baru ini akan menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa semua penuntut dan akan menjadikan mereka lebih kental,berdaya saing dan bersemangat juang yang tinggi.

Bravo!!

Tuesday, August 11, 2009

Buddyku..

Assalamualaikum...

Kali ini Skydiver ingin berkongsi sedikit cerita perihal salah seorang rakan baik Skydiver di tempat Skydiver menuntut sekarang.Di tempat Skydiver ini,rakan baik lebih dikenali sebagai 'Buddy'.Buddy yang Skydiver maksudkan ini ialah P kdt Saadun.Beliau merupakan salah seorang rakan yang paling rapat dengan Skydiver.Beliau berasal dari negeri yang penuh dengan adat iaitu Negeri Sembilan dan sekarang beliau merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer(Keselamatan).

Apa yang membuatkan Skydiver cukup berasa selesa berkawan dengannya adalah kerana sikapnya yang cukup bersahaja,'sporting',selalu membuat lawak jenaka dan yang paling penting,beliaulah orang yang cukup memahami hati Skydiver.Hal ini kerana,jika dibandingkan dengan orang lain,Skydiver sudah 2 tahun(termasuk tahun ini) serumah dengan beliau.Jadi,tidak hairanlah hubungan kami boleh dikatakan rapat.

Beliau juga merupakan penuntut yang cemerlang dalam bidang pelajaran dan sukan.Dalam pelajaran,beliau merupakan salah seorang penerima Anugerah Dekan dengan nilai CGPA 3.70.Dalam sukan pula,beliau merupakan pemain kriket yang aktif dan sering kali mewakili Angkatan Tentera Malaysia dalam pertandingan yang dianjurkan.Baru-baru ini juga nama beliau disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia ruangan sukan kerana bakatnya yang begitu mengagumkan.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai perihal 'Buddy' Skydiver.

Sekian.

Sekapur Sirih..

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera..

Alhamdulillah,hari ini merupakan hari yang sungguh bermakna bagi diri Skydiver kerana telah berjaya menghasilkan sebuah Journal Cube@Blog yang terbaru.Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya Skydiver telah pun menghasilkan beberapa blog sebelum ini namun berakhir dengan sedikit kekecewaan lantaran kesibukan Skydiver dalam menjalankan tugas seharian sebagai seorang pelajar dan juga disebabkan oleh peruntukan masa yang begitu terhad untuk Skydiver melibatkan diri dalam arena penulisan ini.Maka,jadilah Skydiver seolah-olah seperti "Seasonal Blogger".

Namun,dengan bermulanya semester baru ini(walaupun telah berlalu lebih kurang sebulan yang lalu),Skydiver mendapati di dalam jadual terdapat agak banyak ruang masa yang tidak diisi dengan aktiviti atau latihan.Lantaran itu,Skydiver sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan blog dengan tujuan untuk sama-sama berkongsi idea mahupun pandangan/pendapat serta isu-isu semasa yang menarik perhatian Skydiver.

Insya'Allah,Skydiver akan sentiasa 'update' blog terbaru ini sekerap yang mungkin jika tiada aral yang melintang.Diharap agar kita sama-sama dapat memanfaatkan blog ini sebaiknya dengan input-input yang bernas lagi bijaksana.

Terima kasih.