Friday, August 14, 2009

Tempur Tanpa Senjata(TTS)..

Salam sejahtera.

Kali ni saya nak berkongsi sedikit ceritalah pasal TTS.Petang td (14 Ogos) sebenarnya telah membuka lembaran baru dalam sejarah UPNM kerana buat pertama kalinya para Pegawai Kadet telah didedahkan dengan Tempur Tanpa Senjata yang sebenar.Jika selama ini setiap Pegawai Kadet hanya didedahkan dengan Taekwando,namun untuk tahun ini dan seterusnya,Pegawai Kadet wajib mempelajari teknik TTS ini.

TTS yang diajar ini merangkumi hampir kesemua jenis 'Martial Arts' yang terdapat di atas muka bumi ni.Mulai petang td juga,jurulatih yang akan mengajar Pegawai Kadet juga datangnya dari Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) di bawah kelolaan Kor Polis Tentera Diraja atau lebih dikenali sebagai Military Police (MP).Untuk pengetahuan,sebarang kursus TTS sememangnya berada di bawah tanggungjawab MP.

TTS ni merupakan teknik pertempuran jarak dekat yang akan digunakan dalam pertempuran dengan musuh sekiranya musuh berada berhampiran dan juga sebagai teknik membunuh sekiranya dalam pertempuran,bekalan peluru telah kehabisan atau seseorang itu tidak mempunyai sebarang senjata untuk menghapuskan musuh.Teknik ini amatlah berkesan jika dipraktikkan dengan betul dan dapat menghapuskan musuh sebelum musuh menyerang,sesuai dengan cogan katanya,'Kill the enemy before they kills you'.

Pada petang td juga,buat pertama kalinya para Pegawai Kadet UPNM dapat bersua muka kembali dengan bekas jurulatih iaitu PW II Shaiful.Beliau merupakan jurulatih disini sebelum bertukar ke Pulapot.Hanya Pegawai Kadet Pengambilan 2009 sahaja yang tidak mengenali PW II Shaiful ini.Maka tak hairanlah hampir semua Pegawai Kadet begitu bersemangat dan memberi tumpuan yang penuh kepada sesi TTS ni.Rata-Rata yang ditemui mengatakan mereka cukup seronok menjalani latihan kali pertama ini.Wah,nampaknya selepas ini ramailah yang minat nak jadi fighter ya.Haha.

Namun begitu,timbul sedikit persoalan mengenai nasib para Pegawai Kadet senior yang akan ditauliahkan pada tahun depan kerana mereka telah pun memiliki tali pinggang hitam Taekwando yang sebelum ini diwajibkan jika mahu ditauliahkan.Hal ini kerana semua Pegawai Kadet perlu bermula kembali dengan kosong,which means that everyone are on the same level.Pada pendapat saya,mungkin para Pegawai Kadet yang akan ditauliahkan pada tahun depan tidak sempat menghabiskan pelajaran TTS ini.Apepun,tuan-tuan jangan risau kerana semuanya bisa diatur.

Saya percaya latihan baru ini akan menimbulkan kesan yang mendalam dalam jiwa semua penuntut dan akan menjadikan mereka lebih kental,berdaya saing dan bersemangat juang yang tinggi.

Bravo!!