Tuesday, August 11, 2009

Buddyku..

Assalamualaikum...

Kali ini Skydiver ingin berkongsi sedikit cerita perihal salah seorang rakan baik Skydiver di tempat Skydiver menuntut sekarang.Di tempat Skydiver ini,rakan baik lebih dikenali sebagai 'Buddy'.Buddy yang Skydiver maksudkan ini ialah P kdt Saadun.Beliau merupakan salah seorang rakan yang paling rapat dengan Skydiver.Beliau berasal dari negeri yang penuh dengan adat iaitu Negeri Sembilan dan sekarang beliau merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer(Keselamatan).

Apa yang membuatkan Skydiver cukup berasa selesa berkawan dengannya adalah kerana sikapnya yang cukup bersahaja,'sporting',selalu membuat lawak jenaka dan yang paling penting,beliaulah orang yang cukup memahami hati Skydiver.Hal ini kerana,jika dibandingkan dengan orang lain,Skydiver sudah 2 tahun(termasuk tahun ini) serumah dengan beliau.Jadi,tidak hairanlah hubungan kami boleh dikatakan rapat.

Beliau juga merupakan penuntut yang cemerlang dalam bidang pelajaran dan sukan.Dalam pelajaran,beliau merupakan salah seorang penerima Anugerah Dekan dengan nilai CGPA 3.70.Dalam sukan pula,beliau merupakan pemain kriket yang aktif dan sering kali mewakili Angkatan Tentera Malaysia dalam pertandingan yang dianjurkan.Baru-baru ini juga nama beliau disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia ruangan sukan kerana bakatnya yang begitu mengagumkan.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai perihal 'Buddy' Skydiver.

Sekian.